Islamic Manufacturing Practices atau Amalan Pengilangan Islam ialah suatu piawaian yang diasaskan oleh Tuan Haji Ahmad Tajudin Arshad yang mementingkan konsep "halalan toyyiba" iaitu halal dan baik selaras dengan tuntutan agama Islam yang memberitahu peri pentingnya kita mencari makanan yang bukan sahaja halal tetapi halal dan baik.
:)
Saya ingin berkongsi sedikit kisah tentang saya dan IMP. Ketika berumur 21 tahun,saya perlu mencari lokasi untuk latihan industri selama 6 bulan bagi memenuhi tuntutan jam kredit di universiti. Kos Teknologi Makanan yang saya ambil sebenarnya membuatkan saya tertanya-tanya,apa yang boleh saya buat selepas habis belajar nanti.Pada ketika itu saya hanya berfikir yang saya tidak tahu dan hanya ingin menamatkan sahaja pelajaran saya di dalam bidang ini.Masih belum matang dan belum mampu untuk berfikiran positif tentang bidang ini mungkin menyebabkan saya begitu anti dan hanya mengikut arus.
Allah telah mengatur segalanya.Saya berpeluang menjalani praktikal di IMP atau syarikat yang ditubuhkan dengan nama Sidratul Enterprise yang hanya satu-satunya kilang yang merupakan model konsep IMP.Saya diletakkan di bahagian bahan mentah dan penstoran selain berpeluang belajar di bahagian kawalan kualiti makanan dan makmal.Disinilah saya belajar banyak perkara termasuk juga komunikasi dan rencah dalam bekerja.Ada masanya kita dipuji dan ada masanya kita dimarah,ditegur...semuanya adalah pelajaran dan pengalaman untuk kita menjadi lebih berjaya dan berguna.
Perkara yang paling merindukan saya ialah solat berjemaah, kuliah agama yang diadakan setiap hari Isnin,majlis khatam al-Qur'an setiap hari Jumaat,mengaji dan solat dhuha serta amalan zikir dan wudhu' yang perlu sentiasa dilakukan semasa tempoh bekerja. Para pekerja umpama satu keluarga.Saya gembira.
Setelah tamat 6 bulan latihan industri,saya kembali ke universiti untuk menghabiskan tempoh baki pengajian selama 1 tahun lebih.Saya rindu dengan suasana bekerja yang sentiasa diingatkan dengan amalan yang mendekatkan diri dengan Allah. Sehinggalah saya tamat,saya telah ditakdirkan kembali ke IMP dan kali ini sebagai pekerja. Bahagian kawalan kualiti adalah cinta hati saya kini.Saya rasa seronok dan bersyukur dengan segalanya.Walaupun tidak semewah rakan-rakan yang bekerja di bandar besar,saya gembira dengan kerja saya.Dekat dengan alunan ayat-ayat suci al-Qur'an,tinggal di kawasan yang hijau dan dekat dengan alam,tiada kesesakan lalu lintas, makanan yang sedap,masyarakat yang ambil berat...ini semua adalah nikmat yang amat besar yang Allah berikan kepada saya.Bak kata mak abah....saya dapat dunia dan akhirat juga.InsyaAllah.
-IMP2us-